Dalam post kali ini, pihak kami akan membahaskan dengan lebih detail cara tanam durian yang merangkumi aspek bahan tanaman, jarak tanaman, cara penanaman dan penyelenggaraan durian. Sebelum anda membaca panduan cara tanam durian di bawah, anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan Pengenalan Tanaman Durian.
Penanaman Durian
Dalam skop penanaman durian, anda akan didedahkan dengan bahan tanaman, jarak tanaman dan cara penanaman durian.
Bahan Tanaman
Pokok durian dibiak secara tampang melalui cantuman mata tunas atau baji. Di Malaysia, cara yang biasa digunakan ialah dengan menyediakan anak pokok di dalam polibeg yang seterusnya dicantum dan dibesarkan sehingga mencapai spesifikasi yang ditetapkan (Malaysian Standard). Bagi bahan tanaman lanjutan (APM) pokok cantuman dijaga sehingga mencapai ketinggian 1 – 1.5 m di tapak semaian sebelum dipindah ke ladang. Bahan ini digunakan bagi mengurangkan tahap kematian di ladang. Cantuman ladang boleh juga diamalkan terutama di kawasan yang curam dimana anak biji ditanam terus ke ladang dan dicantum apabila sesuai.
Jarak Tanaman
Sistem penanaman yang lazimnya digunakan ialah sistem empat segi tepat iaitu 10 X 10 m (100 pokok/ha) atau 12 X 12m ( 69 pokok/ha). Menanam secara kontur pada jarak 10 m digunakan bagi kawasan curam.
Cara Penanaman Durian
Lubang berukuran 0.6 m X 0.6 m X 0.6 m digali dan dibiarkan selama 2 – 4 minggu. Sebanyak 5 – 10 kg bahan organik berserta 200 g CIRP dimasukkan kedalam lubang tanaman dan digaul rata. Anak pokok ditanam di tengah lubang, ditimbus dan dipadatkan pada pangkalnya.
Penyelenggaraan Durian
Okay selesai bab dan tips penanaman durian. Seterusnya kita akan belajar cara-cara penyelenggaraan durian yang merangkumi aspek pengurusan air, pembajaan, kawalan rumpai, pemangkasan dan kawalan penyakit dan perosak.
Pengurusan Air
Pokok durian hendaklah diberi air pada musim kemarau supaya pertumbuhan tidak terbantut terutama D24 yang sangat sensitif dengan keadaan kemarau. Pengairan titis atau perencis mikro boleh digunakan untuk menyiram.
Pembajaan Durian
Program pembajaan yang disyorkan bagi pokok durian adalah seperti berikut:

Kawalan Rumpai
Pada peringkat awal (pada tahun pertama) pertumbuhan pokok durian, rumput di sekeliling pokok hendaklah selalu dibersihkan setiap kali sebelum dibaja secara manual, bagi pokok yang berumur 2 tahun ke atas tidak digalakkan menggunakan cangkul kerana ianya akan mencederakan akar yang aktif mengambil makanan. Manakala di kawasan pokok durian yang matang, rumput dipotong dalam tempoh sebulan sekali dengan menggunakan Service Cut/Rotaslasher.
Pemangkasan
Pemangkasan dilakukan di peringkat awal pertumbuhan bagi mendapatkan bentuk pokok yang mempunyai batang utama yang tegak dan dan dahan-dahan primer yang bersudut mendatar. Kerja pemangkasan pokok durian bermula selepas 6 bulan ditanam di ladang. Pemangkasan pokok matang selalunya dibuat selepas musim buah dengan membuang tunas-tunas air yang tidak produktif, dahan-dahan yang patah, layu, berpenyakit disamping memberikan pengudaraan yang baik serta membolehkan pancaran matahari menembusi kanopi.
Jenis pemangkasan yang biasa diamalkan adalah:
- Pemangkasan pembentukan batang utama – di awal pertumbuhan.
- Pemangkasan penjagaan seperti membuang tunas-tunas air yang tidak produtif, mati dan berpenyakit.Mengurangkan penggunaan racun kimia.
Tujuan pemangkasan ialah:
- Membentuk dan mengawal pembentukan pokok.
- Membuang tunas air yang tidak produktif, reput, berpenyakit dan mati.
- Memberikan ruang pengudaraan yang baik pada pokok.
- Mengalakkan pengeluaran buah yang banyak, berkualiti dan baik.
