Home » Blog » PANDUAN TANAM DURIAN – PENGENALAN

PANDUAN TANAM DURIAN – PENGENALAN

Home » Blog » PANDUAN TANAM DURIAN – PENGENALAN

Macam mana nak tanam dan jaga pokok durian ni? Asyik tanam jer mati! Pening dibuatnya.. Sabar yer semua… Kes seperti ini terjadi sebab kurang ilmu penanaman durian. Sebenarnya ilmu penanaman durian ini penting, jangan beli dan hanya tahu tanam tunggu durian berbuah sahaja! Tuan puan, pokok tak kan berbuah kalau kita tak jaga dia sama macam kita jaga diri kita. Pepatah ada mengatakan “lifeblood”, that means keperluan seharian yang diperlukan. Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan panduan tanam durian kepada semua pengunjung laman web harummanisperlis.com

Tuan puan yang budiman, pokok durian juga amat memerlukan skop pengurusan yang bagus dan teratur seperti :

  1. Air
  2. Cahaya matahari
  3. Baja NPK + Organik
  4. Nutrien Tanah
  5. Kesesuaian tanah
  6. Kawalan Prosak

Dan banyak lagi selain dari faktor-faktor di atas, Itu sekadar perkara asas yang perlu kita tahu. Apatah lagi pokok durian yang agak manja ni. Tapi anda tak perlu risau. Jika kita ikut SOP yang betul, semua itu tak kan jadi masalah lagi.

PENDAHULUAN

Durian merupakan sejenis buah-buahan tempatan yang paling digemari oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini. Ada yang berpendapat, bahawa spesis yang dikatakan berasal dari kepulauan borneo kerana ianya banyak didapati tumbuh liar di dalam hutannya dan telah ditanam di Semananjung Malaysia dan tersebar luas di Asia Tenggara. Pada asalnya durian merupakan buah hutan yang dipungut dan disebarkan oleh haiwan dan orang asli tetapi kini ianya telah tersebar luas ke seluruh negara.

Nama sainstifik durian adalah Durio zibethinus Murr yang berasal dari famili Bombacaceae @ Malvaceal. Perkataan “Durio” diambil dari nama durian. Perkataan “zibethinus” pula diambil dari bahasa itali “zibetto atau Civet”yang bermaksud bau yang kuat. Istilah durian pula mungkin berpunca daripada bentuk buah yang berduri.

Sifat Botani Tanaman

a) Pokok

Pokok durian yang tumbuh dalam keadaan semulajadi yang boleh mencapai 20 m hingga 45 m. Bagi pokok durian cantum ketinggian pokok selalunya tidak melebihi 20m. Sebaran kanopi pokok diantara 10 m –12 m.

b) Daun

Daun durian adalah ringkas, berselang, susunan daun berkeadaan bertentangan dan saiz daun berukuran 6 – 22 cm dan 2.5 cm – 8 cm lebar. Di bahagian atas permukaan licin dan sebelah bawah daun kasar iaitu berwarna perak, kelabu atau kekuningan. Hujung daun berbentuk dempak tirus dan tulang daun dibahagian bawah permukaan daun jelas kelihatan.

c) Bunga

Bunga durian akan keluar dicelah-celah bekas ketiak daun pada dahan-dahan yang matang. Satu jambak bunga mempunyai kira-kira 20 atau lebih bunga. Bunganya berukuran 5 –7 cm panjang dan berbau seperti susu masam.

d) Buah

Buah durian mempunyai pelbagai bentuk mengikut klon iaitu bentuk bulat, oval, oblong, ovat dan pyriform. Dari segi warna pula, kebanyakkan buah durian berwarna hijau, perang, hijau keperangan, dan hijau gangsa mengikut varieti serta diselaputi
oleh duri-duri yang tajam. Buah durian mempunyai isi yang berwarna putih, putih kekuningan, kuning keputihan, kuning oren, oren dan oren kemerahan mengikut jenis klon. Jangkamasa buah durian gugur kira-kira 90 – 130 hari selepas bunga berkembang.

Keperluan Agroklimatik

a) Iklim

Durian memerlukan suhu diantara 17 oC hingga 32 oC dan taburan hujan 1700 mm hingga 4060 mm setahun. Pokok durian tidak tahan kemarau panjang. Walaubagaimanapun, pokok durian memerlukan musim kemarau yang pendek iaitu 2 hingga 8 minggu dengan taburan hujan yang rendah untuk mengalakkan pengeluaran bunga.

b) Tanah

Pokok durian boleh tumbuh diatas pelbagai jenis tanah dan tanah lom liat berpasir yang mempunyai saliran yang baik didapati sangat sesuai untuk pentumbuhan dan penghasilan buah yang berkualiti. Bagi jenis tanah gambut dan tanah bris adalah tidak sesuai untuk tanaman durian. Sistem saliran yang tidak sempurna hendaklah dielakkan kerana akar durian sangat sensitif terhadap air yang bertakung. Ia akan menggalakkan serangan penyakit akar dan batang iaitu Phytophthora palmivora. Tanah yang mempunyai pH 6 hingga 7 adalah sesuai. Kawasan yang cerun landai dan rata adalah baik untuk durian tetapi kawasan cerun 18 darjah adalah tidak sesuai.

Jenis Klon varieti

Pendebungaan kacuk adalah penting bagi memastikan pengeluaran buah kerana durian umumnya bersifat tidak serasi sesama sendiri. Kombinasi klon yang sesuai boleh dilakukan berdasarkan klon durian yang dikenalpasti.

panduan tanam durian

Jabatan Pertanian telah mendaftar lebih daripada 190 klon durian sejak 1934. Sehingga kini hanya 7 klon sahaja yang disyorkan untuk penanaman secara komersial di semenanjung Malaysia. Di antara klon-klon yang disyorkan adalah D24, D99, D123, D145, D158, D159 dan D169. BACA ARTIKEL SETERUSNYA. KLIK DI SINI

KEPADA PEMINAT MANGGA HARUMMANIS PERLIS

Tempahan Kini Dibuka

rahsia-bunga-durian-lebat-berkualiti