Dalam artikel kali ini, pihak kami ingin memberi peringatan kepada semua penggemar mangga harummanis Perlis supaya lebih berhati-hati ketika membeli mangga harummanis secara offline ataupun membuat tempahan secara online. Pastikan mangga harummanis yang dibeli adalah original dan bukannya palsu. Gambarajah di bawah menunjukkan tindakan seorang peniaga meletakkan papan tanda ‘Harumanis Burma’ yang mengelirukan pembeli. Anda boleh baca artikel penuh yang disiarkan melalui portal berita harian Online. KLIK DI SINI.![]()

Bagaimana nak elakkan dari terbeli harummanis palsu?
Sekiranya anda berkunjung ke negeri Perlis dan ingin membuat pembelian secara terus dari peniaga-peniaga mangga, anda boleh rujuk gambar di bawah yang menunjukkan jenis-jenis mangga yang biasanya terdapat di Malaysia. Mangga harummanis Perlis adalah yang bernombor 4. Sebagai info tambahan, anda boleh rujuk artikel kami mengenai KENALI MANGGA HARUMMANIS. KLIK DI SINI![]()

Sekiranya anda membuat pembelian secara online, pastikan anda baca setiap komen dan juga testimoni-testimoni pembeli yang pernah membuat belian secara online melalui peniga harummanis online. Moral of the story, berhati-hati dengan harummanis palsu.

