Home » Blog » HARUM MANIS ONLINE

HARUM MANIS ONLINE

Home » Blog » HARUM MANIS ONLINE

Assalamualaikum wbr dan Salam Hormat kepada semua penggemar harummanis Perlis. Anda nak beli harum manis secara online? Jangan bimbang, pihak kami di harummanisperlis.com cuba sediakan tempahan yang mencukupi untuk mangga harumanis di tahun 2022 ini. Sebelum itu, jom kita berkenalan dengan mangga harum manis Perlis terlebih dulu.

PENGENALAN

Mangga atau mempelam (Mangifera Indica spp.) merupakan sejenis buah-buahan bermusim yang banyak ditanam khasnya di negara-negara tropika. Bagi negeri Perlis, mempelam Harumanis (Ma 128) merupakan klon mempelam paling popular. Ia bukan sahaja ditanam di sekitar kawasan rumah, malahan ditanam dalam skala besar di peringkat perladangan. Pokok mempelam Harumanis mampu membesar sehingga 3 – 4 meter. Buah mempelam Harum manis merupakan satu-satunya buah mempelam paling enak untuk dimakan segar dan mendapat permintaan yang sangat tinggi.

PENANAMAN

Pokok mangga harumanis boleh dibiakkan melalui kaedah cantuman mata tunas dan cantuman baji. Anak pokok boleh ditanam apabila mencapai ketinggian 45 cm (6 bulan selepas dicantum) dan di tanam pada jarak 9m x 9m. Sediakan lubang 0.6 m x 0.6 m, asingkan tanah lapisan atas dan bawah, biarkan terdedah kepada cahaya matahari selama 2 hingga 3 minggu, gaulkan tanah dengan 200 gram baja CIRP dan 10 kg baja organan atau kompos, kemudia siram serta letakkan sungkupan.

KESESUAIAN TANAH & IKLIM

Mempelam harumanis memerlukan tanah yang dalam gembur, mempunyai kandungan mineral yang tinggi serta saliran yang baik. pH tanah pula dalam julat 5.5 hingga 5.6. Mempelam harummanis hidup subur dikebanyakan jenis yanah tetapi hanya berbuah dengan banyak di kawasankawasan yang mempunyai cuaca panas antara 2 hingga 3 bulan sehingga suhu maksima antara 30 – 38 darjah celcius. Suhu yang tinggi diperlukan sebagai rangsangan bagi pengeluaran bunga. Harumanis memerlukan taburan hujan minima sehingga 2700 mm/tahun.

PENJAGAAN

Pemangkasan (cantasan) adalah amalan penting yang perlu dilakukan bagi tanaman harummanis. Pemangkasan bertujuan untuk mendapatkan satu bentuk pokok yang lebih sempurna dengan sistem cabang yang seimbang. Pokok kelihatan lebih menarik dan dapat mengeluarkan hasil yang lebih tinggi dan seragam. Musuh dan penyakit akan lebih mudah dikawal. Kepentingan pemangkasan juga menyebabkan cahaya matahari dan peredaran udara akan lebih sempurna.

Kaedah yang biasa dilakukan ialah pangkasan pembentukan (peringkat vegetatif), pangkasan penjagaan (kawalan musuh dan penyakit) dan pangkasan untuk pengeluaran hasil.

MUSUH DAN PENYAKIT

Antara musuh utama tanaman harummanis adalah ulat pengorek batang, lelompat daun, kumbang pengerat pucuk, kumbang penggolek buah dan lalat buah. Sementara itu, jangkitan kulat antraktos, cendawan angin merupakan penyakit utama mangga harum manis. Kawalan terhadap musuh dan penyakit perlu dilakukan pada peringkat awal.

MEMBALUT DAN HASIL

harum manis online
Keadaan buah Harummanis yang telah dibalut

Buah-buahan yang mencapai tahap umur 4 – 5 minggu selepas berputik atau berukur lilit 16 hingga 19 cm perlu dibalut untuk menghindarkan dari serangan perosak. Membalut buah juga dapat menentukan indeks kematangan buah untuk dipetik dengan berpandukan sistem kod warna pada kertas pembalut. Buah yang dibalut akan kelihatan lebih bersih dan menarik.

Pokok mangga harumanis akan mula mengeluarkan hasil selepas 3 tahun ditanam dan bergantung kepada tahap kesuburan pokok. Musim Harummanis bagi seluruh negeri Perlis adalah antara bulan Mac hingga Jun setiap tahun.

harum manis online
Mangga Harumanis yang telah matang

BELI HARUM MANIS SECARA ONLINE…

Tempahan Harumanis untuk tahun 2022 kini dibuka, Klik Link Whats App di Bawah…

Lawati dan Like Page Kami di Facebook untuk dapatkan lebih banyak info dan update terkini mangga Harum Manis Perlis 2022.

harum manis online