PENGENALAN
Mangga Harum Manis atau nama sainstifiknya Mangifera Indica Linn termasuk dalam famili mempelam. Harum manis adalah mempelam yang cukup popular dan taburannya begitu subur hanya di negeri Perlis sahaja. Keistimewaan Harummanis Perlis ialah ia menghasilkan aroma yang berbau harum dan isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang lazat pasti menawan hati sesiapa saja yang mencubanya.
Harum manis Perlis telah menjadi satu fenomena hebat sehingga menimbulkan keghairahan sesiapa sahaja untuk membelinya termasuklah penduduk dari negeri lain. Walaupun harganya meningkat setiap tahun, orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata mahu membeli mempelam harum manis. Selain boleh dimakan begitu sahaja, harum manis juga sesuai dimakan bersama pulut. Harum Manis yang disajikan bersama pulut adalah salah satu sajian tradisi di negeri Perlis. Ia juga boleh dinikmati dalam bentuk jus.
Harum Manis memang menjadi rebutan kerana harummanis adalah sejenis buah bermusim. Ia hanya berbuah dan dijual ketika tiba musimnya. Musim Harum Manis adalah sekitar bulan April hingga Jun. Ramai individu, penjual dan pengusaha restoran mengambil kesempatan ketika musim Harum Manis untuk menikmati keenakan serta hasil jualannya.
Mangga mengandungi serat sebanyak 1,6 gram per 100 gram bahan. Selain itu, mangga mengandung vitamin A, pektin, dan fruktosa. Kandungan gizi dalam mangga bermanfaat untuk menguatkan jaringan tubuh, meningkatkan daya tahan tubuh, mengurangi dehidrasi, melancarkan saluran pencernaan, dan mencegah sembelit. Selain itu, zat gizi dalam mangga juga digunakan untuk terapi kecantikan dan berfungsi sebagai anti kanser.
TEMPAHAN
Di mana kami boleh buat pembelian mangga Harummanis Perlis?
Pihak kami tidak ketinggalan dalam menerima tempahan yang ingin merasakan keenakan dan keharuman mempelam ini yang hanya berbunga pada awal musim kemarau dan masak pada awal musim hujan. Pihak kami menjual mangga Harum Manis dari Gred A iaitu buah yang berwarna kuning kemerahan (warna asli Harum Manis) yang rasanya lebih enak dan manis. Selain itu, kami menggunakan pembalut inovasi untuk mengelakkan serangga seperti semut, koya atau serangga lain masuk ke dalam pembalut dan merosakkan buah. Dalam masa yang sama pembalut inovasi ini membantu membezakan kulit buah yang masak kekuningan serta mengekalkan rasa asli Harummanis Perlis.
