Home » Blog » KENALI MANGGA HARUMMANIS PERLIS

KENALI MANGGA HARUMMANIS PERLIS

Home » Blog » KENALI MANGGA HARUMMANIS PERLIS

PENGENALAN

Tanaman mangga (Mangifera indica , L) adalah sejenis buah-buahan bermusim banyak ditanam di negara-negara beriklim tropika dan subtropika. Pertumbuhan pokok ini sangat cergas dan pokok yang telah matang boleh mencapai ketinggian lebih 25 meter. Bagi tujuan penanaman secara komersil, ketinggian pokok dikawal kepada 3 meter dengan menjalankan aktiviti pemangkasan. Ayuh kenali mangga harummanis Perlis dengan lebih terperinci dalam artikel kali ini.

Mangga Harummanis (MA 128) telah didaftarkan pada 28 Mei 1971. Mangga Harummanis memerlukan musim kering yang agak panjang iaitu 1 1/2 hingga 2 bulan untuk menggalak pengeluaran bunga, pembentukan putik dan meningkatkan kelekatan putik buah . Dengan keadaan cuaca kering yang panjang di Perlis, mangga Harummanis sangat sesuai ditanam di negeri ini.

Ciri yang ketara pada pokok Harummanis ialah sifat rantingnya yang selalu melentur dan melempai ke bawah. Buah mangga Harummanis adalah sederhana besar, di antara 350 hingga 600 gm sebiji, berbentuk bulat bujur dan bengkok di hujung. Kulitnya berwarna hijau hingga hijau kekuningan bila masak. Isinya tebal berwarna oren (kekuningan), iranya halus, rasanya manis dan sedap serta beraroma.

Bijinya kecil dan nipis. Mutu buahnya sangat baik dan hasilnya memuaskan. Mangga Harummanis mula berbuah selepas tiga tahun ditanaman ke ladang. Di peringkat awal pengeluaran 20 hingga 60 biji dapat dihasilkan semusim. Hasilnya boleh meningkat kepada 60 Kg sepokok semusim apabila umur mencapai 8 tahun. Dengan penjagaan yang baik mangga Harummanis akan terus mengeluarkan hasil setiap tahun walaupun umurnya melebihi 20 tahun.

kenali-harummanis-perlis

KENALI CIRI-CIRI MANGGA HARUMMANIS PERLIS

Jom kenali mangga harummanis Perlis dengan lebih detail supaya anda tidak tertipu dengan harummanis palsu apabila anda membuat pembelian!

  1. Buah membulat penuh dan berparuh di bahagian bawah buah
  2. Warna kulit hijau tua dan seakan berdebu
  3. Bahu ventral meninggi
  4. Apeks membulat
  5. Beraroma harum apabila buah matang dan sesuai dimakan
  6. Isi berwarna kuning keorenan

Anda dijemput untuk lawat dan like kami di facebook. Buat masa ini semua tempahan mangga harummanis dibuat melalui page kami di Facebook.

kenali-harummanis-perlis