Home » Blog » PENGURUSAN PENGELUARAN BUNGA DAN BUAH

PENGURUSAN PENGELUARAN BUNGA DAN BUAH

Home » Blog » PENGURUSAN PENGELUARAN BUNGA DAN BUAH

Assalamualaikum wbr dan Salam Hormat kepada semua pengunjung laman web harummanisperliscom. Dalam artikel kali ini pihak kami akan membincangkan panduan pengurusan bunga dan buah mangga harummanis. Penjagaan bunga harummanis dengan rapi dan betul amat penting bagi memastikan produktiviti dan hasil pengeluaran buah harum manis yang berkualiti.

PENGURUSAN PENGELUARAN BUNGA

HLB = 0

*HLB BERMAKSUD Hari Lepas Pengeluaran Tunas Bunga

Pada peringkat ini, aktiviti yang perlu dilakukan adalah semburan racun perosak untuk melindungi tunas bunga daripada serangan serangga dan kulat. Bahan input yang digunakan adalah racun serangga dan kulat. Sila ikut syor seperti di Lampiran 1 (Set A).

STANDARD/INDICATOR

Standard/indicator untuk peringkat ini adalah pengeluaran tunas bunga (berbentuk seperti taji ayam atau paroh burung serindit).

Pengeluaran Bunga Harum Manis

TINDAKAN/KAEDAH

Sembur keseluruhan tunas bunga, daun dan pokok. Ulang semburan setiap minggu sehingga pembentukan putik buah berlaku. (5 pusingan semburan).

HLB = 1

*HLB BERMAKSUD Hari Lepas Pengeluaran Tunas Bunga

Pada peringkat ini, aktiviti yang perlu dilakukan adalah memantau populasi perosak tanaman.

STANDARD/INDICATOR

Standard/indicator untuk peringkat ini adalah mengenalpasti jenis perosak. Sekiranya serangan melepasi tahap ETL, anda perlu jalankan kawalan.

TINDAKAN/KAEDAH

Jalankan pemantauan serangan dan jenis perosak secara rawak 5-10 % daripada jumlah luas kawasan.

HLB = 2

*HLB BERMAKSUD Hari Lepas Pengeluaran Tunas Bunga

Pada peringkat ini, aktiviti yang perlu dilakukan adalah semburan racun perosak untuk melindungi tunas dan tangkai bunga daripada serangan serangga dan kulat.. Bahan input yang digunakan adalah racun serangga dan kulat. Sila ikut syor seperti di Lampiran 1 (Set B).

STANDARD/INDICATOR

Standard/indicator untuk peringkat ini adalah pengeluaran tunas bunga dan pemanjangan tangkai bunga.

Pengeluaran Bunga Harum Manis

TINDAKAN/KAEDAH

Sembur keseluruhan tunas bunga, daun dan pokok. Ulang semburan setiap minggu sehingga pembentukan putik buah berlaku.

HLB = 6

*HLB BERMAKSUD Hari Lepas Pengeluaran Tunas Bunga

Pada peringkat ini, aktiviti yang perlu dilakukan adalah memasang perangkap lalat buah. Perangkap lalat buah ME + fipronil dengan kadar (2.5 – 5 hektar / perangkap)

STANDARD/INDICATOR

Standard/indicator untuk peringkat ini adalah ETL Lalat buah purata 5 ekor/perangkap/minggu.

TINDAKAN/KAEDAH

Pasang perangkap di dahan utama pokok mangga pada ketinggian 1.5 m. Jarak setiap perangkap 500 m – 1000 m.

HLB = 6

*HLB BERMAKSUD Hari Lepas Pengeluaran Tunas Bunga

Pada peringkat ini, aktiviti yang perlu dilakukan adalah Kawalan lalat buah menggunakan Umpan protein (1000 ml protein hydrolysate) + (20 ml lufenuron)

STANDARD/INDICATOR

Standard/indicator untuk peringkat ini adalah jika bilangan lalat buah melebihi tahap ETL, jalankan kawalan.

TINDAKAN/KAEDAH

Sedia semburan umpan protin (1 liter +20 ml lufenuron)/10L air, dan sembur sebahagian (spot – 1 meter persegi ) pada setiap pokok dengan kadar 20 – 40 ml